Zaimah Frozen Foods Industries Sdn Bhd

Syarikat Zaimah Frozen Industries Sdn Bhd merupakan syarikat makanan sejuk beku yang dimiliki oleh pasangan suami isteri Tuan Haji Idris bin Haji Yusof dan Puan Hajjah Zaimah binti Nordin. Ia didaftarkan pada 1 Januari 1996. Pada mulanya pemilik syarikat ini hanya berniaga roti putar (boom) dan roti canai di gerai sahaja sekitar tahun 1995 sebelum membuka syarikat makanan sejuk beku. Pada waktu itu, jualan hanya kepada saudara mara dan penduduk kampung sahaja.

 

Puan Hajjah Zaimah mengorak langkah untuk mempelopori industri sejuk beku yang pada ketika itu belum lagi diterokai oleh usahawan Bumiputera. Beliau melengkapkan diri dengan pengetahuan  tentang penyediaan makanan sejuk beku dengan mengikuti bengkel anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan mendapat bimbingan lanjutan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) pada penghujung tahun 1996.

 

Antara produk sejuk beku keluaran Zaimah Frozen Foods Industries Sdn Bhd selain roti canai segera dan roti putar (boom) segera ialah roti jala dan roti putar coklat cip. Produk – produk ini mula dipasarkan di pasar mini, kedai-kedai runcit dan melalui orang perseorangan sehinggalah memasuki pasar raya Mydin dan Giant di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Tanjung Malim. Malahan mereka telah membekalkan produk keluaran syarikat ini kepada MAS Catering untuk penerbangan domestik dan haji selain telah Berjaya menembusi pasaran luar Negara iaitu Brunei.

 

Selain itu syarikat ini telah mendapat pengiktirafan Skim Pensijilan Amalan Perkilangan Baik (Good Manufacturing Practices) atau GMP untuk kilang mereka yang beroperasi di Hub Halal Melaka. Dari segi pembungkusan, syarikat ini berjaya menghasilkan jenama pembungkusan sendiri iaitu Zaimah Frozen Foods.    

Nama Perusahaan

Zaimah Frozen Foods Enterprise

Zaimah Frozen Foods Industries Sdn Bhd

Pengarah Urusan

Fuad bin Shukor

 

Alamat

Lot 143, Blok C, Pusat Industri Halal Serkam, 77300 Jasin, Melaka

Lot 108, Kampung Gumut Kalumpang, 44100 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Nombor untuk dihubungi

 

Tel    :06-2633522 / 019-3307955

Faks: 06-2633521

Tel: 03-60492092

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Blog

http://zaimahfrozenfood.blogspot.com

 

               

        Fuad Bin Shukor                                           Produk

Sumber:

  1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
  2. http://www.hdcglobal.com/publisher/melaka_zaimah