Tarikh : 08 Januari 2019 Lokasi : Pusat Internet Kalumpang Anjuran : Pusat Internet Kalumpang |
Tujuan
- Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:
1) Melahirkan pengguna celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2) Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3) Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4) Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Program KDB ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyta Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang..
-
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti advokasi MCMC merangkumi tajuk Oversharing, Sexual Grooming dan Cyberbully melalui tayangan video dan perkongsian. Aktiviti lain yang dijalankan adalah kuiz Klik Dengan Bijak.
- Gambar Aktiviti